Friday, 22 April 2011

1pm Selesai LDP untuk hari ini. Dalam perjalanan pulang insiden yang menyebabkan aku terpaksa bekerja keras membersihkan kereta. Lori sampah betul-betul berada di hadapan kereta.
 
 Aduhhh... terpaksa membasuh kereta yang dah berbau macam sampah. Haiii... bertambah bil air bulan ni. Cerita tentang sampah ni, ada orang menjadi kaya dengan menjadikan sampah sebagai punca pendapatan , Aku respect dengan diaorang ni, bukan senang nak menjadikan sampah kepada emas...Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang dedikasi membersihkan sampah di kawasan kediman kita. Kalau diaorang tak ada alamatnya berbaulah rumah kita dengan haruman yang tidak enak ini.

Blog Aku

6 a.m Alhamdulillah, masih dapat merasa nikmat di bumi Allah. Hari ini aku ada latihan dalam perkhidmatan di sekolah.

 8am. Alhamdulillah sampai juga di sekolah . Separuh perjalanan lampu minyak dah menyala.... Ish,ish sampai ke aku ni... Sampai jua.

 8.30 sehingga 11am belajar buat blog. Sifu hari ni Uztaz Suhaidi, mengajar dengan penuh kesabaran . Almaklumlah murid-murid yang berumur 30 tahun ke atas.... Hi,hi,hi.... penuh kesabaran Uztaz kita ni mengajar, nasib baik tak  bercakap dalam b.arab.

 11am tercipta sejarah di N.Sembilan zikin-my life ,blog aku ni lahir setelah berkali-kali try and error  dilakukan....

 ALHAMDULILLAH......